Cop charged for withdrawing RM5,000 from suspect's account IPOH: A policeman, in his 40s, was believed to have withdrawn RM5,000 from the account of a suspect who was under a seven-day remand. According to Ipoh deputy OCPD Supt Ahmad Termizi Abdul Haq, the policeman had retrieved the suspect's ATM card and succeeded in obtaining his pin number before withdrawing the money in a bank in Ipoh Garden here on Aug 11.
Maklumat tentang kamera aksi SJ4000 yang baru aku miliki sejak minggu lepas.
Image Sensor
12Mega Pixels CMOS-Sensor
Colour
Black
LCD
1.5" LCD screen
Image resolution
12 Mega Pixels (4032*3024)/10 Mega Pixels(3648*2736)8 Mega
Pixels((3264*2448)/5 Mega Pixels(2592*1944)3 MP(2048*1536)/ 2MHD(1920*1080)/
VGA(640*480)/ 1.3M(1280*960)
battery, waterproof case, waterproof case bracket, bike bracket,
multifunction clip, camera clip, helmet seat, bandages,cleaning cloth, power
adapter, 3M stickers, USB cable,bracket adapter,manual
Applications
Extreme Sports, Outdoor Sport Activities,Bicycle,Car DVR, Diving,Home
security etc
Kegunaan yang aku cuba: -
Action cam, video mode.
Still cam
Motion activation cam
Dashboard cam
Peeping Tom cam pun boleh! Ceehhh, haram buat macam tu la.
Aku dapat best deal kat sini (search lelong.my sj4000 melodyworld) lepas usaha untuk memilikinya dari penjual part time kat Puchong tak berjaya atas faktor masa lapang dia pukul 11 malam. Jauh doh nak pergi sana dari Gombak!
Sejak aku menceburi mountain biking aku merakamkannya bagi kenangan kekal abadi di Picasa milikku. Awalnya banyak gambar aku dapat rakam, akhir-akhirnya makin berkurangan. Antara sebab-sebabnya: -
Kayuhan nikmat - Lebih menikmati kayuhan daripada berhenti untuk merakamkan.
Kamera rosak - Kamera yang aku gunakan waktu itu ialah Sony Ericsson K800i. Cuma buka slide yang menutupi lensanya, kamera dah bersedia merakam. Lepas terjatuh dalam kolam renang, telefon pun rosak.
Trail yang membosankan - Bukan trail yang membosankan tetapi trail-trail ini sudah kerap diambil gambar hingga aku dah tak tahu nak namakan album gambar-gambar tersebut. Bayangkan kalau sebulan tu, 4 kali ke trail Bukit Kiara. Untuk rekod, aku amat mencintai trail Bukia Kiara.
Jadi sekarang aku bercadang untuk mengabadikan kenangan trail dalam bentuk video pulak. Best la pasal sekali tekan dah cukup untuk rakam semua aksi menuruni trail seperti dari Twin Peak ke Carnival di Bukit Kiara. Rakaman tersebut boleh aku kongsikan dengan rakan-rakan lain.
Jom lihat hasilnya buat masa ini. Belum berkesempatan ke trail di bulan Ramadhan ni. Takpa, lepas raya ni, 3 Ogos ada hash kat Setia Alam. Tempah la kalendar anda sekarang!
Anak-anakku di Masjid Putrajaya.
F-stop: f/1.8
Exp.: 1/290s
ISO: 50
Berbasikal. Kamera diikat di dada. Lihat dalam mode HD untuk kualiti lebih baik.
Bermotorsikal waktu malam. Kamera diikat di dada. Lihat dalam mode HD untuk kualiti lebih baik.