Sunday, December 22, 2013

Kejadian di Magic Carpet, Bukit Kiara

The path that look wide enough until my handlebar slightly hit the tree on left and throw me out of balance and down to the right.  Marks on the left tree at handlebar height shown I was not the first "victim".

Another Kiara battle scar in the making.

Friday, December 20, 2013

My first mamachari

Mamachari - mama chariot's, a japanese's mama stationwagon
The basic characteristics of a mamachari are:
  • Stepthrough frame design
  • Upright riding position
  • Mudguards
Most also have the following features:
  • Front basket
  • Rear rack – to which a child seat can be fitted
  • Chain case
  • Rear hub brake
  • Front dynamo light
  • Rear stand
  • Rear wheel nurse’s lock
* source: http://mamachari.co.uk/the-mamachari-story/


Meet my mamachari

Thursday, December 5, 2013

KEMBAS: Teluk Intan aku datang

Lokasi: Bandar Baru Selayang

30 November 2013 - Perjalanan aku ke Teluk Intan bermula dari rumah pada pukul 7:30am. Keluarga aku akan menyusul kemudian, melalui Lebuhraya PLUS. Walaupun dengan pelan kecemasan sekiranya aku tidak dapat menghabiskan, boleh aku mendapatkan bantuan mereka. Hati ini degil agar aku dapat menghabiskan perjalanan ini tanpa bantuan. Err.. sedikit bantuan daripada Si Isteri dengan membawa persalinan aku.  Yang aku bawa alatan pertukangan, tiub gantian, pam, t-shirt, tuala kecil, selipar dan kain pelikat.

Cuaca sungguh redup hinggalah ke Kuala Kubu Bahru. Selebihnya, hujan rintik-rintik menjadikan perjalanan sejuk dan lembab. Handlebar rama-rama (butterfly) yang aku baru beli dari Billy Bike Shop agak membantu dalam mendapatkan berbagai variasi mengemudikan basikalku bagi mengurangkan kekebasan.  Sungguhpun begitu, masalah yang aku jangka ternyata terjadi. Kedudukan handlebar yang rendah dari seatpost menyebabkan berat lebih condong kehadapan ternyata memberi kesan kurang selesa untuk kayuhan mod berkembara.

Jalan Pilihan
Menyusuri Route 1 (melalui Rawang) untuk perjalanan ke Teluk Intan ini dipilih oleh kerana ianya lebih pendek berbanding dengan Route 5 (Kuala Selangor).

Cabaran, Masalah dan Penambahbaikan
Berikut adalah antara cabaran dan masalah yang aku alami : -
  1. Kedudukan beg pannier perlu dianjakkan ke belakang kerana kedudukan sekarang menyebabkan tumit kasutku bergesel dengannya.
  2. Kedudukan fender hadapan perlu direndahkan lagi dan ditambah dengan mud flap oleh kerana percikan air dari jalan menyebabkan kasut cepat basah dan berpasir. 
  3. Seluar dalam biasa agak kurang sesuai oleh kerana getah dicelah kelangkang boleh menyebabkan lecetan.  Penggunaan boxer brief nampaknya lebih sesuai.
  4. Elakkan penggunaan earphone pada kedua-dua belah telinga.  Ianya mengganggu pendengaran pada alam sekeliling kita.
  5. Di tempat-tempat yang jalan selorong dan agak sempit, bersedia untuk menghalakan basikal ke bahu jalan dengan segera sekiranya deria dengar anda mengatakan "aku rasa macam dekat je lori/bas ni kat belakang aku".

Statistik
Jarak perjalanan: 158km
Jumlah masa perjalanan: 9jam 30minit
Jumlah masa berkayuh: 7jam 30minit
Kelajuan purata: 20.9km/h
Kelajuan maksima: 50km/h