Friday, October 29, 2010

Tetamu Senja ~ A. Samad Said

Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila cukup detik kembalilah
Kita kepadanya
Kita datang ini kosong tangan dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala

Pada tetamu yang datang dan
Kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepada
Tuhan kepada Insan
Pada tetamu yang datang
Dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka pula
Pada Tuhan kepada insan

Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat
Puja pangkat
Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita ini punya tekad

Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat ke laut biru
Ke kuning darat
Harus kita lekas sedar penuh pada tugas
Harus kita tegas sembah
Seluruh rasa belas

Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat
Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat
~ A. Samad Said

Something nice to share

Thursday, October 21, 2010

When time is short, use roller

Time is short, at least for me.  I want to stick to training on weekdays in order to improve fitness but time always not on my side.  To cycle outdoor, I need to dress up in jersey, water bottle filled, bring along wallet, mobile phone, pump & spare tube and not to forget, put on helmet.  Night riding requires blinkers and bright color attire as preventive measure for other people to see you soon enough to avoid or slam on the brake.

I been doing some indoor cycling on a trainer but fail to set my mind to it.  If I may blame on something, lack of realistic is a major turn off.  A week ago, I borrowed Shaq's roller and since then I dedicate 30 minutes on it, daily basis.  It was hard at first to push it beyond 15 minutes but after few days, the body kinna adjusted to it and it does feel great.  On 2 occasions riding with some usual suspect on the road, I feel some satisfaction on my own achievement though it wasn't that significant that I can outdo Shaq.

Here some advantages of roller as tools for indoor cycling: -
1. Quick setup
2. No need helmet since I believe it's pretty safe to land my head on the carpet
3. Rain or shine, bring it on!
4. 30 minutes is good.  Above 40 minutes is excellent!  Compare that to an outdoor cycling in term of duration and returns
5. Can still look after the kids

The disadvantages:-
1. Sweat.  A lot of it! 
2. Must wipe all those sweat on the bike, roller & floor after each ride
3. Distraction when kids start asking too many question

Thursday, October 14, 2010

Harian Metro - Jaja Kismis

Baru-baru ni aku terbaca di Harian Metro tentang pelajar sekolah agama yang menjaja kismis di Kuala Lumpur.

Nah.. Ini baru aku katakan berita dalam ertikata sebenarnya.  Peranan suratkhabar melaporkan berita, bukannya membuat ulasan terhadap berita dan diletak di muka depan dan dipanggil berita.  Di dalam berita ini, ia mengutarakan isu dan mendapatkan pandangan dari pihak pelajar dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.  Alangkah indahnya!  Di sini, kita sebagai pembaca menilaikan sendiri isu tersebut.  Dan pada pendapat aku, rakyat Malaysia mampu berfikir dan membuat pendirian untuk berita sebegini.  Tak kisah la kita nak bersetuju dengan pelajar ataupun dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Aku terpanggil untuk mengulas tentang kisah Jaja Kismis.  Mari kita lihat respons pihak yang terlibat: -

Pelajar...
Saya perlu bekerja dan berdikari mencari wang alternatif bagi membayar yuran sekolah RM150 sebulan selain membeli keperluan harian lain kerana ayah perlu menyara ibu dan enam adik-beradik lain.

Saya menjual kismis pada hujung minggu dengan memperoleh bekalan dari sekolah dan akan memberi separuh hasil jualan kepada sekolah bagi membaik pulih kelengkapan serta separuh lagi disimpan untuk belanja harian,

Pengarah Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur..
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memandang serius kegiatan berkenaan kerana ada pihak yang cuba menggunakan kanak-kanak bawah umur untuk kepentingan diri.

Mereka yang bersalah akan dikenakan tindakan kerana mempergunakan kanak-kanak untuk mencari wang yang menyalahi Akta Kanak-kanak 2001.

Kami akan membuat pemantauan bagi menangani masalah itu dengan memberi nasihat kepada ibu bapa atau penjaga, sekiranya mereka masih menggunakan kanak-kanak untuk tujuan itu kami akan mengambil tindakan sewajarnya.


Tentang Artis dan Ahli Perniagaan yang *berjaya
Pernah dengar cerita orang-orang yang *berjaya sekarang ini dulunya pun berniaga, tolong keluarga tampung belanja sekolah?
 

Siti Nurhaliza? Syed Mokhtar? Apa bezanya disini?  Disebabkan mereka ini orang-orang yang *berjaya maka menjaja itu dilihat sebagai perbuatan yang mulia?  Kalau belajar agama itu tiada masa depan?  Tidak boleh dianggap sebagai orang yang *berjaya?

Jabatan Kebajikan nak ambil tindakan jugak tak? 

*berjaya - mengikut kamus saya bukanlah diukur dari harta kekayaan maupun wang ringgit.  Anak yang berjaya adalah anak yang soleh yang akan mendoakan ibu dan bapanya yang telah pergi.


Ujian Allah dan Ikhtiar Hidup
Tiada siapa dalam pengetahuan aku meminta doa dari Allah untuk ditimpa kesusahan dan kesempitan hidup.  Kesenangan dan keperitan dalam hidup itu adalah ujian dari Allah untuk melihat sejauh mana ketaqwaan kita.

Menjaja adalah ikhtiar. Bukankah itu lebih afdal dari mengharapkan bantuan dari badan kebajikan yang "nak bagi nasihat kat ibubapa, kalau tak nanti aku hukum"



Kisah Mak Su Si Ibu Tunggal
Aku bersetuju bahawa perbuatan ini akan mendedahkan kanak-kanak ini pada jenayah culik dan sebagainya. Tapi.. kalau dah terdesak?

Teringat aku pada ungkapan Mak Su satu ketika dahulu sewaktu adik beradik mempersoalkan kenapa dia boleh tinggalkan anak dia di rumah seorang diri untuk pergi bekerja.

Jawapan Mak Su amat ringkas, "Allah kan ada".

Segala kejadian itu ketentuan dari Allah.  Adakah kita redha?


Untuk Pemimpin Badan Kebajikan Dan Sewaktu Dengannya

Ingatlah ini..
Sesungguhnya Allah menyuruh kamu sekalian untuk menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum diantara manusia supaya kamu menetapkannya dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu dan sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat ". (An-Nisa ': 58)

dan hayatilah kisah Saidina Omar R.A ini: -

Tangisan anak-anak itu semakin nyaring. Penat menjerit, mereka hanya mampu menangis tersedu-sedu. Di sisi mereka seorang ibu yang kelihatannya sedang sibuk memasak sesuatu.

“Sabarlah anak-anakku. Ibu sedang memasak makanan. Tetapi makanan ini perlu dimasak agak lama. Sabarlah dahulu. Anak-anak ibu boleh tidur dahulu. Kelak kalau makanan ini sudah siap, ibu akan kejutkan kalian,” pujuk wanita itu sambil membelai kepala anak-anaknya yang ramai itu. Sedaya upaya ditahan agar air matanya tidak mengalir sedangkan dia merasa belas yang amat sangat.

“Maafkan ibu anak-anakku,” rintih wanita itu di dalam hati.

Kebetulan Saidina Umar yang lalu dan sedang meninjau keadaan rakyatnya lalu di rumah wanita itu. Didengarnya tangisan anak-anak kecil yang dari tadi tidak berhenti-henti. “Pasti mereka sedang menghadapi masalah,” detik Saidina Umar. Sememangnya menjadi rutin khalifah itu untuk turun sendiri melihat masalah yang dihadapi oleh rakyatnya. Kadangkala kelibat Saidina Umar tidak disedari sesiapa kerana dia seorang yang sederhana dan kelihatan seperti rakyat biasa yang lain. 

Saidina Umar memberi salam di hadapan pintu rumah itu dan dijawab wanita tadi. Terkejut melihat kehadiran Saidina Umar, wanita itu mempersilakan Saidina Umar masuk. 

“Ada apa kamu datang ke teratak burukku ini wahai Amirul Mukminin,” tanya wanita itu. Kelihatan anak-anaknya yang menangis tadi sudah tertidur kepenatan. Tubuh mereka kurus-kurus dan perut mereka pula kelihatan kempis. 

“Aku ingin sekali tahu kalau-kalau keluargamu sedang menghadapi masalah. Aku mendengar anak-anakmu menangis dari tadi. Apakah mereka ini sakit?” tanya Saidina Umar dengan prihatin. 

“Aku malu hendak bercerita pada tuan, tetapi inilah yang terpaksa kulakukan. Aku ini seorang ibu tunggal. Sudah beberapa hari rumah ini kehabisan bekalan makanan. Anak-anakku sudah tidak tahan menanggung kelaparan. Jadi, aku terpaksa menipu mereka dengan meletakkan batu dan air di dalam periuk. Jadi, anak-anakku akan menyangka aku sedang memasak makanan untuk mereka. Inilah yang aku lakukan sehinggalah mereka akan berhenti menangis dan tertidur menanti. Barangkali dengan tidur, mereka akan terlupa sebentar akan perut yang sedang lapar,” ceritanya sedih. 

Hampir-hampir menitis air mata Saidina Umar mendengar cerita itu. Lantas dijenguknya periuk di rumah itu yang sedang berasap. Memang benar, ada beberapa ketul batu sedang direbus. Mana mungkin batu-batu itu mampu bertukar menjadi makanan?

Saat itu juga Saidina Umar merasa bersalah yang amat sangat. Bagaimana dia sebagai pemimpin tegar membiarkan rakyatnya kelaparan begitu? Dihambat rasa sebak dan bersalah, dengan segera Saidina Umar menuju ke Baitulmal. Diambilnya seguni gandum dan dipikulnya guni gandum itu sendirian. Ketika pegawainya menawarkan bantuan untuk memikul sama guni gandum yang berat itu, Saidina Umar menolak dengan keras. 

“Biarkan aku memikul guni gandum ini sendirian. Di dunia ini mungkin kau boleh membantu aku, tapi bagaimana di akhirat kelak? Bagaimana aku hendak menjawab ketika aku ditanya tentang tanggungjawabku terhadap rakyat?". 

"Lihatlah, wanita itu terpaksa menipu anak-anaknya yang kelaparan dengan merebus batu. Jika aku tidak tahu, apakah anak-anak itu akan terus kelaparan sampai bila-bila? Aku pemimpin yang lalai dan cuai. Hanya dengan bantuan ini, aku mampu menebus kesalahanku,” ujar Umar sambil tergesa-gesa menuju ke rumah wanita tadi. 

Bagi Saidina Umar, tiada sebarang alasan lagi untuk dia mengelakkan diri. Dengan hati yang hiba, dia sendiri memasak dan menyediakan makanan untuk keluarga wanita itu. Dihidangkannya makanan lantas dikejut anak-anak yang sedang menahan lapar itu. 

Dengan tangannya sendiri, Saidina Umar menyuapkan makanan ke mulut anak-anak kecil itu. Nampak jelas anak-anak itu sedang lapar kerana mereka makan dengan laju dan cukup berselera. Saidina Umar terus melayan mereka sehinggalah dia yakin anak-anak itu sudah kekenyangan. 

Selepas itu, Saidina Umar memberikan mereka sedikit bekalan wang untuk menampung perbelanjaan mereka seharian. Begitulah sikap Saidina Umar yang begitu bertanggungjawab terhadap rakyat. Malah, selepas peristiwa itu, Saidina Umar lebih berhati-hati dan meningkatkan lagi usahanya untuk membantu rakyat. Hatinya cukup bimbang, kalau-kalau masih ada rakyatnya yang kelaparan dan tidak diketahuinya.