A: Haji masuk wad minggu lepas?
B: Betul
A: Sakit apa tu?
B: Jantung. 3 tersumbat.
A: Pelik saya. Haji saya tengok makan jaga, petang-petang jogging.
B: Tidak ada yang peliknya. Semua itu kehendak Allah. Dia nak bagi sakit, sakit la kita. Mungkin dia bagi sakit tu untuk menghapus dosa-dosa saya.
Betapa redhanya B dengan ujian dalam bentuk sakit yang diturunkan Allah.
Berikut adalah petikan dari http://sillaturahim.wordpress.com
SEGALA bencana, penyakit, kesusahan atau kerunsingan yang menimpa tubuh badan atau akal fikiran seseorang mukmin adalah menjadi “kaffarah” (penghapus) kekotoran dosa dan kesalahan orang yang ditimpa bencana itu.
Hadith Muslim dari Abdullah r.a katanya:
Aku datang mengunjungi Rasulullah s.a.w ketika beliau sakit, lalu kusentuh baginda seraya berkata:”Ya Rasulullah! Demam anda bertambah teruk.”
Jawab baginda,”Memang demamku sama dengan demam dua orang kamu.
Kataku pula, “Semoga anda mendapat pahala berganda pula.”
Jawab baginda:”Semoga!”
Kemudian sabda baginda pula: ”Tidak ada seorang muslim yang ditimpa cubaan berupa sakit dan sebagainya melainkan dihapuskan Allah Taala dosa-dosanya, seperti pohon kayu menggugurkan daunnya.”
Huraian
Anas berkata, Rasulullah s.a.w bersabda: “Bahawa besarnya sesuatu balasan itu menurut besarnya sesuatu bencana ujian; dan bahawa Allah apabila mengasihi sesuatu kaum diuji mereka, kemudian sesiapa yang menerima ujian itu dengan reda, maka dia akan beroleh keredaan Allah, dan sesiapa yang bersikap keluh kesah serta benci menerima ujian itu, maka dia akan mendapat kemurkaan dari Allah.” (at-Tirmidzi dan Ibn Majah)
No comments:
Post a Comment