Wednesday, May 20, 2015

Makan tak habis itu membazir

Saya amat tidak gemar bila melihat orang yang tidak menghabiskan makanan di pinggannya. Di rumah, anak2 dididik untuk habiskan makanan di pinggan masing2 hingga ke butiran nasi terakhir.

Satu hari saya dan 2 anak menghadiri majlis perkahwinan rakan sepejabat. Kami berkongsi meja dengan 2 pasangan yang berumur, sebangsa & seagama dengan saya. Pinggan mereka masih berbaki makanan, tangan telah pun dicuci bersih. Haisssshhh..

Dengan suara sedikit kuat, saya berkata kepada anak lebih kurang begini..
"Nora (bukan nama sebenar), ini rezeki Allah kurniakan untuk kita. Sebagai tanda bersyukur, makanlah sampai habis dan bersih. Kalau kita tak makan habis, itu dah dikira membazir."


Post a Comment