Wednesday, April 11, 2018

Fikri penat sangat!

Pagi ni Fikri (7yo) liat bila suruh mandi. Alasannya, penat sangat. Segala pujuk rayu dengan upah sarapan kegemarannya tidak berjaya mengubah pendiriannya. Keras.

Bila dah masuk langkah soal-jawap satu per satu barulah terbuka kisahnya. Dengan lelehan air mata Fikri jawap, kena pukul dengan kawan sekelas dua kali di kepala. Dengan janji Ibu akan hubungi cikgu, Fikri dah sedikit lembut.

"Tapi handphone cikgu rosak." Fikri
"Fikri bagilah handphone Fikri kat cikgu." Ayah, merujuk kepada handphone lama yang tak berapa cerdik dan rosak.
"Tapi handphone Fikri dah hilang" Fikri
"Kalau Ibu tak dapat call handphone Cikgu, Ibu call pejabat ye" Ayah bercakap ke Ibu.
Fikri mengangguk lemah, tapi dah boleh bangun nak mandi.

"So.. Milo Special dan Telur Special nak tak?" Ayah
"Nak!" Fikri, dari dalam blik air.

Post a Comment