Wednesday, March 7, 2012

Ibubapa yang pelik sungguh

Anak masuk sekolah berasrama, ibubapa gembira.
 
Anak masuk universiti, ibubapa gembira.
 
Anak masuk meminang, ibubapa gembira.
 
Anak masuk *Syurga, ibubapa sedih. Pelik sungguh…
 

*Anak-anak yang meninggal sebelum akil baligh tidak mempunyai sebarang dosa.
 

Berapa lama nak masak Nasi Ayam?

Serius lama aku tak blogging.  Nak kena justify kenapa lama aku tak blog?
Blogging ni masuk KPI aku ke? Hehe.. tak kan?
Jadi, apakah jawapan anda untuk soalan seperti tajuk post ini? 1 jam cukup tak?

Mana cukup!  Kalau pun cukup sebab kita andaikan bahan-bahan mentah semua dah ada kat dapur.  Bayangkan semua barang-barang tu nak kena pergi beli dulu...
SOP nya: -

1.       3 Minit - Pakai baju (dengan andaian aku dah mandi, kalau belum mandi pun takpa kalau nak pergi pasar. Pasar kan busuk, jadi cover la bau busuk sendiri).

2.       1 Minit - Cari kunci motor (dengan andaian kunci motor tergantung ditempatnya, kalau tak kena mencari pulak dalam seluar, dalam beg atau dalam mesin basuh)

3.       5 Saat - Start motor (kalau pakai electric starter, motor tak meragam dan ingat lagi parking motor kat mana semalam)

4.       5 Minit - Perjalanan ke pasar (kalau tak kena road block dan kalau road tax hidup, kalau road tax mati kensel terus la masak Nasi Ayam)

5.       30 Saat - Pilih ayam

6.       5 Minit - Tokey ayam siangkan ayam tu (kalau anak dia, lagi lambat pasal semi-pro)

7.       5 Minit - Singgah beli beras dan lain-lain bahan

8.       5 Minit - Perjalanan balik rumah

Setelah semua bahan-bahan mentah cukup baru boleh start masak.  Cukup 1 jam siaplah Nasi Ayam.

Dan daripada analogi diataslah hampir segala anggaran masa yang selalu kita lupa ambil kira, iaitu 8 step yang mengambil masa 24 minit 35 saat.
Inilah masa 1 jam yang kita selalu bagi kat boss bila tanya bila boleh siap kerja.

Belum masuk tengah masak Nasi Ayam kena berenti kejap nak sidai kain di jemuran dan lain-lain kerja. Alahai....


Friday, August 26, 2011

Muflis di Akhirat

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَتَدْرُونَ مَا الْمُفْلِسُ قَالُوا الْمُفْلِسُ فِينَا مَنْ لَا دِرْهَمَ لَهُ وَلَا مَتَاعَ فَقَالَ إِنَّ الْمُفْلِسَ مِنْ أُمَّتِي يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِصَلَاةٍ وَصِيَامٍ وَزَكَاةٍ وَيَأْتِي قَدْ شَتَمَ هَذَا وَقَذَفَ هَذَا وَأَكَلَ مَالَ هَذَا وَسَفَكَ دَمَ هَذَا وَضَرَبَ هَذَا فَيُعْطَى هَذَا مِنْ حَسَنَاتِهِ وَهَذَا مِنْ حَسَنَاتِهِ فَإِنْ فَنِيَتْ حَسَنَاتُهُ قَبْلَ أَنْ يُقْضَى مَا عَلَيْهِ 
(أُخِذَ مِنْ خَطَايَاهُمْ فَطُرِحَتْ عَلَيْهِ ثُمَّ طُرِحَ فِي النَّارِ. (مسلم والترمذي




Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Nabi s.a.w., bersabda: "Tahukah kamu siapakah dia orang Muflis? " Sahabat-sahabat Baginda menjawab:  "Orang Muflis di antara kami, ya Rasulullah ialah orang yang tidak ada wang ringgit dan tidak ada harta benda;" Nabi s.a.w., bersabda: "Sebenarnya orang Muflis dari kalangan umatku ialah orang yang datang pada hari qiamat membawa sembahyang, puasa dan zakat,  sedang datangnya itu dengan kesalahan memaki hamun orang ini dan menuduh orang itu memakan harta orang ini, menumpah darah orang itu, dan juga memukul orang; maka akan diambil dari amal kebajikannya serta diberi kepada orang ini dan orang itu; kemudian kiranya habis amal kebajikannya sebelum habis dibayar kesalahan-kesalahan yang ditanggungnya, akan diambil pula dari kesalahan-kesalahan orang yang dianiayakan serta ditimpakan ke atasnya, kemudian ia dihumbankan ke dalam Neraka. 
(Muslim dan Tirmizi)