Wednesday, September 2, 2009

Kau selalu kayuh mana?

Soalan ini adalah yang paling payah untuk aku jawap pada tahun 2008. Untuk tahun 2009, jawapan segera dan ringkas aku.. "FRIM"

2008
Pantang kena cuit, menjadi aja... bak kata orang lama, macam pengantin baru. Begitulah aku dan Scott Scale 70 aku.

BBB cuit ke Cameron Highland, pergi.
Shaq cuit ke Gohtong, pergi.
Jazlan cuit Sg Pusu ke Kemensah, pergi.
Seminggu lepas tu, Joe Adnan cuit Sg Pusu ke Kemensah lagi sekali, pergi.
Dua bulan lepas tu, Cikgu cuit Sg Pusu ke Kemensah lagi sekali, pergi.
Geng Melawati cuit Kemensah ke Sungai Congkak, pergi. Sampai bermasam muka isteri yang ku cintai.
Shaq cuit ke Sahara Ride, Melaka, pergi.
Dari 12 hash KLMBH, 8 aku pergi.

2009
Tidak banyak ride yang "notable" aku tercuit.
Dari 8 hash KLMBH, 2 aja yang aku pergi. Di hash BTP, aku membawa anak perempuan untuk pertama kali menyertai hash. Yang keduanya, KLMBH Epic dimana aku berjaya menghabiskannya buat pertama kali (tahun lepas gagal sungguh).

Lepas raya nanti, Burung Hantu Jamboree, dianjurkan oleh ECC Melaka. Selain dari itu, FRIM adalah jalan mudah, ringkas dan cepat untuk meluangkan masa berkayuh di hujung minggu. FRIM juga sering dijadikan tempat latih-tubi untuk meningkatkan tahap kecergasan dan ketahanan fizikal untuk persediaan PCC Prez dan KLMBH Epic. Ya.. FRIM pilihanku!!

p.s: walaupun kena bayar RM3 sekali masuk, ianya lebih berbaloi dari cost minyak untuk drive 20-30km ke trail free yang lain.
Post a Comment