Friday, February 25, 2011

Rugilah bang..

Qari waktu Forum Perdana di Al-Mustaqim AU5C, Hulu Kelang .
p.s: sekadar gambar hiasan.

Tersebutlah kisah seorang lelaki yang membuat tuntutan insuran atas windscreennya selepas digantikan oleh sebuah bengkel kereta di ibukota.

Lelaki A: Assalamualaikum.
Tuanpunya bengkel: Waalaikumusalam.

Lelaki A: Tuan, ini ada 2 resit windscreen yang tukar hari tu.  Satu RM1,200, yang satu lagi RM2,200.  Saya nak bagitahu, saya sertakan resit yang RM1,200 untuk tuntutan insuran, sepertimana jumlah sebenarnya kos penggantian windscreen saya tempohari.
Tuanpunya bengkel: Laa.. Rugilah abang. Abang insured RM2,000 abang claimlah pakai resit RM2,200 tu.  Nanti bila adjuster tengok, dia potong sikit, abang masih dapat dalam RM2,000.

Lelaki A: Takpa la tuan, biarlah saya 'rugi' didunia ni...

Thursday, February 24, 2011

Al Fatihah

Al Fatihah untuk ibunda tercinta rakan sepejabat pada lewat petang semalam (23 Februari).

Artikel saya yang siap petang semalam (diposkan pagi ini kerana ingin menampalkan gambar yang disimpan di rumah) membicarakan tentang perkara kematian.  Sungguh kebetulan.

Di artikel ini, saya biarkan gambar menceritakan segalanya.  Rakan saya Faizullah berbaju melayu warna kundang (purple).

Moga roh Allahyarham dicucuri rahmat.








Andai ku tahu..

Destinasi seterusnya..




Andai ku tahu…. 
Kapan tiba ajalku… 
Ku akan memohon tuhan tolong panjangkan umurku…


Andai ku tahu… 
Kapan tiba masaku… 
Ku akan memohon tuhan jangan kau ambil nyawaku… 
Aku takut akan semua dosa dosaku… 
Aku takut dosa yg terus membayangiku…


Andai ku tahu… 
Malaikatmu kan menjemputku… 
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu… 
Aku takut akan semua dosa dosaku… 
Aku takut dosa yg terus membayangiku…


Ampuni aku dari segala dosa dosaku… 
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu… 
Aku manusia yang takut neraka… 
Namun aku juga tak pantas disurga…


Andai ku tahu…. 
Kapan tiba ajalku… 
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu… 
Aku takut akan semua dosa dosaku… 
Aku takut dosa yg terus membayangiku… 
Ampuni aku dari segala dosa dosaku… 
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…
Artis: Ungu


Andai aku tahu esok ajalku,
adakah masih aku berfikir untuk berhibur?
adakah aku rasakan cukup dengan amalanku yang fardhu sahaja?
adakah semua amalanku yang fardhu itu diterima Allah?
adakah aku bebas daripada dakwaan anak-anak dan isteriku dari tanggungjawabku sebagai khalifah di muka bumi ini?
adakah aku bebas dari hutang-hutang yang belum aku jelaskan?
adakah aku bebas dari kata-kata yang menyakitkan saudara-saudaraku?
adakah aku telah melunaskan tanggungjawab aku kepada ibubapaku?
sudahkah aku bertaubat nasuha atas dosa-dosa besarku?

Terlalu banyak yang belum aku laksanakan kiranya ajal aku esok.
Bagaimana pula jika ajal aku beberapa minit lagi?

... peribadi Rasulullah S.A.W, yang tidak berangan-angan panjang. Baginda pernah bersabda, bahawa bila matanya terbuka, baginda tidak yakin apakah sempat baginda menutup matanya semula. Bila baginda menarik nafas, baginda tidak yakin apakah baginda akan dapat melepaskannya semula. selanjutnya

P.S: Rujuk gambar diatas.  Mengikut Ustaz Kazim Elias, berdasarkan nas-nas sahih, binaan di atas kubur adalah haram.
Lihat sini dan sini

Sunday, February 20, 2011

Forum Perdana sempena Sambutan Maulidur Rasul

Tempat: Surau Al-Mustaqim, AU5C, Hulu Kelang
Masa: Lepas Maghrib
Tarikh: 18 Februari 2011

Ceria menanti kehadiran panel

Dari kiri: Ustaz Zulkifli Ahmad, Ustaz Muhammad Kazim Elias, Ustaz Yusainie Yahya (moderator) dan En Zainol Zainal Abidin (pengerusi majlis)

Ustaz Zulkifli Ahmad di pusingan pertama

Ustaz Muhammad Kazim Elias di pusingan kedua

Selain jamuan nasi, ais krim pun ada. Alhamdulillah.

Tuesday, February 8, 2011

How I Came to Love the Veil - Yvonne Ridley

Politicians and journalists just love to write about the oppression of women in Islam ... without even talking to the females beneath the veil.
They simply have no idea how Muslim women are protected and respected within the Islamic framework which was built more than 1400 years ago.
Yet, by writing about cultural issues like child brides, female circumcision, honor killings and forced marriages they wrongly believe they are coming from a point of knowledge. more

British-born, award-winning journalist Yvonne Ridley is well known in the Muslim world for her outspoken views and defence of Islam. She endeared herself to the Muslim community in Britain when she reverted to Islam 30 months after making international headlines when she was captured by the Taleban on an undercover assignment in Afghanistan. more

Monday, February 7, 2011

Hari yang indah

Pagi ini, masuk satu email ke mailbox aku berkenaan hura-hara pada tahun 2012 dari Si A, rakan belajar di ITM.
Cuba kira... 1Ramadan  pada tahun 2012 jatuh pada 20 july hari jumaat,jadi 3 august 2012 bersamaan 15 ramadan jatuh juga hari jumaat.Sama dengan hadis nabi pasai huru hara besar yang akan jadi pada tengah malam   pertengahan bulan ramadan iaitu hari jumaat 15 ramadan
 dekat bumi ni yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur, pasai satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dekat langit,bukan kiamat tapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3,yang tinggal cuma 1/3 shj.(yang NASA Amerika dok bagitau pada 21-12-2012..... 
Kemudiannya.. Si B (yang juga rakan belajar di ITM) membalas email si A,
Assalamualaikum Tuan
Penjelasan mengenai Hadis tersebut
Ia di kategori kan sebagai Palsu.
(http://al-qayyim.net/index.php?option=com_content&task=view&id=1086&Itemid=65)
Maaf jika terasa. Saya amat sayangkan kamu sebagaimana saya sayangkan diri saya.
Dan dibalas kembali oleh Si A,
OK...Terimakasih tuan. Lain kali sy akan lebih berhati2 sblm fwd msg yg diterima....;-)

Kesimpluannya
Aku akui betapa susahnya di zaman sekarang kita nak buka mula dan tegur saudara kita yang membuat silap. Tapi kalau kena caranya,..

"Maaf jika terasa. Saya amat sayangkan kamu sebagaimana saya sayangkan diri saya."

teguran disambut dengan penerimaan seikhlas hati...

"OK...Terimakasih tuan. Lain kali sy akan lebih berhati2 sblm fwd msg yg diterima....;-)"