Monday, February 7, 2011

Hari yang indah

Pagi ini, masuk satu email ke mailbox aku berkenaan hura-hara pada tahun 2012 dari Si A, rakan belajar di ITM.
Cuba kira... 1Ramadan  pada tahun 2012 jatuh pada 20 july hari jumaat,jadi 3 august 2012 bersamaan 15 ramadan jatuh juga hari jumaat.Sama dengan hadis nabi pasai huru hara besar yang akan jadi pada tengah malam   pertengahan bulan ramadan iaitu hari jumaat 15 ramadan
 dekat bumi ni yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur, pasai satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dekat langit,bukan kiamat tapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3,yang tinggal cuma 1/3 shj.(yang NASA Amerika dok bagitau pada 21-12-2012..... 
Kemudiannya.. Si B (yang juga rakan belajar di ITM) membalas email si A,
Assalamualaikum Tuan
Penjelasan mengenai Hadis tersebut
Ia di kategori kan sebagai Palsu.
(http://al-qayyim.net/index.php?option=com_content&task=view&id=1086&Itemid=65)
Maaf jika terasa. Saya amat sayangkan kamu sebagaimana saya sayangkan diri saya.
Dan dibalas kembali oleh Si A,
OK...Terimakasih tuan. Lain kali sy akan lebih berhati2 sblm fwd msg yg diterima....;-)

Kesimpluannya
Aku akui betapa susahnya di zaman sekarang kita nak buka mula dan tegur saudara kita yang membuat silap. Tapi kalau kena caranya,..

"Maaf jika terasa. Saya amat sayangkan kamu sebagaimana saya sayangkan diri saya."

teguran disambut dengan penerimaan seikhlas hati...

"OK...Terimakasih tuan. Lain kali sy akan lebih berhati2 sblm fwd msg yg diterima....;-)"

No comments: