Friday, February 25, 2011

Rugilah bang..

Qari waktu Forum Perdana di Al-Mustaqim AU5C, Hulu Kelang .
p.s: sekadar gambar hiasan.

Tersebutlah kisah seorang lelaki yang membuat tuntutan insuran atas windscreennya selepas digantikan oleh sebuah bengkel kereta di ibukota.

Lelaki A: Assalamualaikum.
Tuanpunya bengkel: Waalaikumusalam.

Lelaki A: Tuan, ini ada 2 resit windscreen yang tukar hari tu.  Satu RM1,200, yang satu lagi RM2,200.  Saya nak bagitahu, saya sertakan resit yang RM1,200 untuk tuntutan insuran, sepertimana jumlah sebenarnya kos penggantian windscreen saya tempohari.
Tuanpunya bengkel: Laa.. Rugilah abang. Abang insured RM2,000 abang claimlah pakai resit RM2,200 tu.  Nanti bila adjuster tengok, dia potong sikit, abang masih dapat dalam RM2,000.

Lelaki A: Takpa la tuan, biarlah saya 'rugi' didunia ni...

No comments: