Beberapa hari sebelum ceramah Ustaz Kazim Elias di Hulu Kelang.
Isteri: Tak dapat la saya nak pergi dengar ceramah Ustaz Kazim bulan ni.
Suami: Kenapa?
Isteri: Dah dekat waktu saya nak datang bulan ni.
Suami: Awak doa la dilambatkan sikit.
Beberapa hari selepas ceramah Ustaz Kazim Elias.
Isteri: Bang, alhamdulillah dapat dengar ceramah Ustaz Kazim hari tu. Tapi kan bang, lambat betul pulak dia datang bulan ni.
Suami: Ohh.. Awak doa itu hari 'mintak tangguh sekejap' ke 'mintak tangguh'?
Isteri: Saya tak ingat la. Bang, tolong belikan pregnancy test kit untuk saya.
Suami: InsyaAllah, esok balik kerja nanti saya belikan.
Jadinya, pregnancy test kit dah buat, urine test pun buat beberapa hari selepas tu. Sah, mengandung anak ke-5. Alhamdulillah.
Moral of the story: Doa biar clear :)
2 comments:
Alhamdulillah.. congrats!!
Terima kasih :)
Post a Comment