"Ayah. Ayah hisap rokok lagi ke?"
Ayah: "Tak. Ayah sudah berhenti. Merokok itu hukumnya haram"
Haziq: "Tapi.. Tok tu hisap rokok"
Ayah: "Tak kiralah siapapun yang hisap rokok, Ayah ke, Pak Lang ke, Pak Long ke, Ucu ke, Cikgu ke hukumnya tetap haram. Perbuatan haram kalau kita buat jadi berdosa"
Haziq: "Ohh"
Petikan dari Zaharuddin.net
Justeru, pada hemat dan kajian saya, hukum yang lebih tepat adalah Haram merokok kerana mudarat yang pelbagai dari sudut kesihatan tubuh sendiri, orang lain, dan baunya yang mengganggu orang lain. Malah kaedah Islam menyebut : "Ad-Darar Yudfa' Bi Qadaril Imkan" ; ertinya : "Kemudaratan hendaklah ditolak sedaya upaya dan kemampuan" (Al-Madkhal Al-Fiqhil ‘Am, Syeikh Mustafa Az-Zarqa, 2/992)
Sumber
No comments:
Post a Comment