Gambar oleh BC Kelolo. Diubahsuai sendiri. |
Kembas yang telah dipersetujui bersama Saudara Subki ke Melaka pun terpaksa aku batalkan kerana keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan. Sungguhpun begitu, Saudara Subki meneruskan kembas solonya ke bandar bersejarah tersebut.
Kembas ke Sungai Sendat yang jarak keseluruhannya sekitar 80 kilometer di hari cuti umum Maal Hijrah ini bukanlah sesuatu yang besar bagi mereka yang biasa berkembas. Cuma aku berharap ianya akan menjadi suatu titik tolak untuk perjalanan yang lebih jauh dah lebih mencabar di masa hadapan. Terdengar bisik-bisikan dari BC Kelolo rancangan seterusnya pada hujung tahun ini dengan jarak yang lebih jauh. Terus sahaja aku mencadangkan Pengkalan Balak, Melaka menjadi agenda kembas seterus kami. Jauhnya sekadar-kadar boleh untuk dilakukan tanpa perlu bermalam dipertengahan dan destinasinya yang semakin popular dengan tarikan pelancong.
Pengkalan Balak, insyaAllah kami datang!
Gambar-gambar
BC Kelolo
No comments:
Post a Comment