Wednesday, July 30, 2008

Tips cari kerja untuk para graduan

2 years back, I wrote this email to my junior to serve as tips for their job hunting.


Hasil pengalaman saya menemuduga lebih seratus calon, dan membaca lebih 400 CV, inilah hasilnya:-

Resume

1. Kurang formal
Contoh:-
A. Gambar kat tepi pantai la, kat Mc Donalds la.. Ambil la gambar kat kedai gambar.. Professional photo shot
B. Email id yg tak sesuai. Nama penuh Ramli Ramlan, emailnya jadi jejakasunyi84@yahoo.com. Ada indikasi yg anda ni kaki chat.

2. Pengalaman bekerja atau praktikal atau kertas kerja yg tidak kena dgn jawatan yg diminta.
Contoh:-
Kursus Business Study mintak kerja bidang IT. Boleh dipertimbangkan kalau ada pengalaman bekerja, tapi kalau setakat baca buku "yada yada for dummies" pastu claim skill dah sampai level 8, lupakan la..

3. Butir2 terlalu am.
Contoh:-
knowledge in Linux <-- kena huraikan apa yg dah buat, tahu buat DNS server, tahu setup firewall, mail server, atau web server

4. Tak de surat permohonan

Personalised. Setiap permohonan tolong jgn letak standard application letter, dan ayat ni "to whom it may concern". Letak nama company kau korang apply, find out pasal department yg korang kena hantar CV tu.. Pastu letak dalam application letter. Cerita sikit pasal kompeni tu, puji sikit pasal kompeni, tulis dalam tu apa yg korang tahu pasal kompeni tu. Rayu mintak interview (Kalau tak panggil interview boleh dapat kerja ke?) antara ayat power "I appreciate if you could grant me an interview to further explore my experience and potential"

Pre-Interview

1. datang lambat atau on-time
Kalau kompeni panggil interview pukul 10am, derang expect 10am dah start interview, tapi korang mesti ingat yg korang MESTI kena isi application letter yg receptionist tu bagi. Tak kira la berapa cantik CV yg korang dah prepare sebelum ni. Kalau alamat kompeni tak familiar, pegi survey. Buat planning kalau dapat kerja tu kat mana nak stay kalau jauh sgt, transport dan sebagainya.

2. Pakaian tak presentable
Pakai la yg pakaian yg paling cantik, yang paling formal. Lagi bagus kalau korang pegi survey kat kompeni tu tgk cara staff derang dressing. Blend in. Kalau derang pakai T-Shirt, jgn le ikut. Untuk lelaki, Neck Tie penting. Jangan lupa minyak wangi yg secukup rasa.

3. Kurang hormat
Hormatilah receptionist dan juga cleaners. Dia orang manusia, mesti ada rasa hormat kat orang lain walaupun pencuci tandas. Kalau tandas tak cuci seminggu, agak2 sanggup tak korang gunakan?

Apa yg anda perlu buat:-

Interview

1. Off handphone

2. berterima kasih
Walaupun baru dipanggil interview, berterima kasih pada panel pasal dipanggil interview (Kalau tak panggil interview boleh dapat kerja ke?)

3. Berkenalan
Perkenalkan diri. Salam yg mana patut dgn firm grip bukan lemah longlai macam org tak de confident. Dapatkan nama orang2nya, dan email (email ni akan digunakan sebentar lagi). Bertanya pasal recent news pasal kompeni tu.

4. Duduk tegak

5. Gunakan pergerakan tangan tetapi bersederhana.

6. jgn silang kaki

7. jawap soalan dgn confident
elakkan ayat "i am willing to learn". sekarang masa untuk kerja, masa belajar korang dah berlalu.

8. soal balas
Tanya pasal kompeni tu:-
a. Direction of the company
b. Dimana anda di carta organisasi
c. Benefit (cuba elakkan sekiranya anda fresh grads)
d. Bila korang boleh dapat tahu result interview.

Post-Interview

1. Berterima kasih
Sebelum keluar, berterima kasih lagi.

2. hantar nota terima kasih
Gunakan email yg anda minta tadi untuk ucapkan terima kasih, & looking forward for your immediate feedback

Statistik

Secara purata:-
Dari 5 CV, 1 dipilih untuk interview.
Dari 5 interview, 1 dipilih untuk 2nd interview
Dari 2 2nd interview, 1 dipilih.

Secara peratusan, anda hanya ada 2% untuk mendapat kerja disatu2 tempat. Segala2nya bermula dari CV yg bagus. Kesimpulannya, pegi tgk balik CV tu dan dptkan nasihat pakar.

Sekian.



Probably this may benefits other fresh graduates too..

No comments: