Semalam, aku tak kayuh ke mana-mana. Rancangan awal menyertai Kelolo untuk recce Sri Gombak hash terbantut kerana isteri tersayang tidak berapa sihat. Jadi aku membuat keputusan untuk membasuh semua kenderaan beroda 2 aku. 3 basikal dan 1 motor. Satu-persatu aku mengadap sampai ke basikal Shogun, pekerja Indonesia yang membuat kerja pemulihan dirumahku bertanya..
"Pak, berapa ongkosnya basikal bapak?"
"Murah je, sekitar RM400" jawapku. Sekadar membuat perbandingan dengan basikal MTB yang 6 kali ganda harganya.
"Itu ngak murah pak.."
Hehehe.. murah bagi aku, mahal bagi dia. Hobi bagi kebanyakkan orang, obsesi bagi aku....
No comments:
Post a Comment